Perkongsian Ilmu

Kelebihan Solat Berjemaah



Daripada Abu Hurairah Ra bahawa Nabi s.a.w bersabda :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”


(Riwayat Muslim)


Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: 

“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.”

 (Riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w dan para Sahabat Nabi (Dalam Islam, Sahabat Nabi (Arab الصحابه;) bermaksud mereka yang hidup semasa zaman Nabi Muhammad lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad semasa mengembangkan Islam) sangat memberati solat secara berjemaah. Kecuali keadaan yang tidak mengizinkan seperti wabak contohnya.


Semoga Allah SWT memberikan hidayah, kekuatan dan istiqamah dalam mendirikan solat secara berjemaah di Masjid/ Surau.


Post a Comment

0 Comments