Perkongsian Ilmu

Nabi Membeli Unta Jabir

 


Nabi korek rahsia Jabir r.a.


Nabi bertanya kepada jabir "Wahai jabir, engkau mahu jualkah unta ini kepada aku?".


Kata jabir "tak payah dijual ya Rasulullah. Aku hadiahkan kepada engkau".


Kata nabi "aku tak mau, aku nak beli juga"


Lalu kata jabir "kalau begitu terpulanglah berapa harga kau nak beli ya Rasulullah".


Kata baginda nabi saw "kalau begitu aku beli dengan harga 2 dirham". 


Kata jabir "ya Rasulullah mana ada harga unta 2 dirham. Kalau nak beli juga biarlah sesuai dengan harga unta itu berapa".


Duk main tawar tawar sampailah kepada 400 dirham.


Jabir pun setuju maka nabi pun membelinya. Ini akad yang sudah terjadi tapi belum dibayar. Tawar menawar terlebih dahulu.


Sampai di Madinah, nabi bersabda kepada jabir "wahai jabir, tentunya kamu balik rumah isteri kamu sudah menyediakan persediaan dengan elok, dengan rapi. Sudah pasti disediakan tilam, bantal". (Cara nabi nak korek rahsia kewangan Jabir)


Lalu kata jabir "ya Rasulullah di rumah aku tak ada bantal". (Nampak tak jawapan jabir ini bermakna kewangan dia merosot?)


Kemudian nabi bersabda "Insya Allah akan ada bantal". (Nabi kata begitu adalah cara nabi saw nak tolong Jabir)


Nabi bertanya "wahai jabir kau sudah bernikah?". 


Jabir jawab "sudah ya Rasulullah". 


Nabi tanya "kamu khawin dengan anak dara atau janda?". 


Kata jabir "dengan janda ya Rasulullah". 


Nabi tanya lagi, "kenapa kamu tidak khawin dengan anak dara?".


Kata jabir "ayahku meninggal dunia dan meninggalkan anak yang masih kecil. Aku perlu perempuan yang boleh merawat (jaga) adik2 aku yakni aku perlu wanita yang matang/dewasa. Kebanyakan wanita yang sudah matang ialah yang sudah menikah. Kalau yang masih dara masih mahu bermanja-manja. Belum mampu menjaga untuk orang lain". 


Kata baginda Nabi saw "betul tindakan kamu".


Nabi sebenarnya nak korek ekonomi jabir. Tengok jabir kata apa. Jabir kata rumahnya tak ada bantal maknanya dia orang susah. Kemudian ditanya kenapa khawin dengan janda lalu jabir jawab untuk jaga adik2nya. Banyak kena tanggung. Tanggung adik2 lagi tanggung bini lagi.


Nabi ambil tahu tentang sahabatnya supaya apa yang boleh dibantu tu boleh dibantu oleh baginda. Kita bersahabat bukan sekadar berkepentingan sahaja. Ada juga orang yang jaga air mukanya tak mahu cerita masalah ekonominya kepada orang lain. Pandai2 lah berkawan untuk bantu kawan walaupun dia tak bercakap tapi kita kena pandai mengorek rahsianya. Bukan nak tahu hal orang. Bukan untuk tajassus (cari aib). Tapi untuk dibantu.


Lalu sampai di Madinah jabir pun meletakkan untanya untuk dijual kepada Nabi tadi di hadapan masjid Nabi, lalu Jabir pulang ke rumah.


Nabi keluar masjid lalu nampak unta. Nabi tanya sahabat lain "unta siapa ini?". Kata sahabat "unta Jabir wahai Rasulullah yang telah dijual kepada engkau".


Nabi ambil duit 400 dirham lalu nabi suruh sahabat hantar kepada jabir. Nabi kata "INI DUIT 400 DIRHAM SEBAGAI BELIAN UNTA INI DAN BAWALAH UNTA INI SAYA HADIAHKAN KEPADA JABIR ".


Dibelinya unta itu dengan duit, lalu diberi balik lagi unta itu kepada jabir kerana unta itu masih diperlukan oleh jabir untuk diperahkan susunya dan untuk manfaatkan hal2 yang lain.


Kenapa nabi korek rahsia jabir? Bukan untuk intai aib tapi untuk membantu jabir dan ingin menjaga air muka jabir bin abdullah. Dibeli dulu supaya terjaga air mukanya untuk tidak meminta. 


Kita ni korek rahsia orang untuk kondem orang. Untuk merosakkan lagi rumahtangga orang. Untuk api2kan orang. Nabi kita korek rahsia sahabat untuk membantu. Jadilah seperti Nabi kita Muhammad al mustofa saw.


Kredit to Muhammad Ridzuan

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments