Perkongsian Ilmu

Kisah 3 Orang Hamba Allah Yang Sakit



Teringat..kisah 3 orang hamba Allah yang sakit


1) sakit belang

2) sakit botak

3) sakit buta


Malaikat dtg berupa jd manusia.


Tanya apa hajat yang ada d diri masing2


Yang belang,kata nak sembuh...dari penyakitnya moga² orang tak hina dan jijik padanya lagi. Begitu juga yang lain..


Malaikat tadi mengosok si belang,,si botak dan si buta...lalu mereka pun sembuh cantik dan sempurna.Yang belang jd tampan yang botak tumbuh rambutnya, yang buta celek matanya.


Masya Allah


Malaikat tanya apa yang kamu gemar utk kesenangan duniamu?


Yg belang kata mahu unta malaikat bagi dia unta betina yang buting kepadanya.Dan malaikat berdoa moga2 ada kebaikan dan barakahnya rezeki yang d beri ini.


Yang botak kata nak lembu/sapi ..malaikat bagi dia lembu betina yang buting.Malaikat juga berdoa seperti si belang tadi.


Yang buta kata nak kambing..malaikat bagi kambing betina buting padanya.Malaikat juga berdoa dengan doa yang sama seperti si belang dan si botak tadi.


Sampai satu ketika ternakan mereka berkembang biak dengan banyaknya.  ...akhirnya mereka jadi kaya raya.


Syukur.


Hingga tiba satu masa...datang malaikat tadi untuk menguji mereka...sebgai orang yang sangat susah, daif lagi seorang musafir.


Malaikat datang pada si belang minta d beri pertolongan kepadanya dan hadiahlah seekor unta untuk dia dapat menuruskan perjalannya atau utk d jadikan bekalan dalam perjalanannya nanti.Si belang  jawap saya pun banyak keperluan dan saluran bantuan yang perlu saya tunaikan.maksudnya si belang jadi bakhil lupa asal usulnya dan tidak pula memberikan apa2 bantuan pada si miskin itu ( malaikat itu ) .Malaikat doakan moga2 ia ( sib belang) kembali pada keadaan fakir dan belang seperti asalnya.


Begitu juga bila malaikat datang pada si botak dan meminta pd si botak..ucapan seperti si belang juga yg d berikan.Dan malaikat juga berdoa perkara yang sama  kepada si botak.


Lalu malaikat  datang pula pada si buta..minta d beri bantuan.Si buta mendermakan/ memberi kambing2nya, dan katanya kepada malaikat ( musafir itu) ambillah semuanya ( kambing2 itu dan tinggalkanlah yang mana tidak d suka oleh tuan kepada saya.


Lalu malaikat berdoa kebaikan kepadanya nyata dia adalah hamba2 yang bersyukur atas kesusahan dan penderitaannya terdahulu.Tidak seperti sahabat2nya ( si belang dan si botak lalu mereka berdua, d ubah Allah kembali kpd keadaan sebelum mereka menjadi sihat dan kaya raya). 


Nauzubillahiminzalik


Pengajaranya jangan kita lupa diri bila sudah berada d atas, kerana kita juga sering meminta kebaikan dan kelapangan daripada Allah sebenarnya..dan ada yang dapat tanpa meminta.Dari izin Allah jua kesihatan, kelapangan kejayaan itu datang.Selayakknya kesenangan dan kelapangan itu d kembalikan jua kpd Allah.Manfaatkanlah agar ia menjadi bertambah manfaat.Hari ini esok dan untuk hari2 mendatang.Jadikanlah  akhlak itu sebagai pakaian Islam.(Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia itu perlu sebenarnya ).Dahulukan Allah dalam setiap pekerjaan. Tingkatkan nilai syukur kerana padanya ada akuan bahawa kita ini tidak punya apa2 sebenarnya.


Masya Allah.Tabarakallah.


Hati d dalam Hati perjuangan yang perlu d teruskan.


Kupasan dari  *Kitab Hadis Riyadhus salihin* kitab bab aklak dalam Islam.

@islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments