Perkongsian Ilmu

Lelaki Uzur Menziarahi Makam Rasulullah SAW

 


Telah datang seorang lelaki yang sudah uzur menziarahi maqam Junjungan Besar Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, setelah lama lelaki yang uzur berada disitu maka para pengawal keselamatan meminta dan cuba mengusir lelaki itu dari terus berada disitu dalam masa yang lebih lama.


Maka telah berlaku perbualan antara pengawal dan lelaki yang uzur tersebut.


Pengawal : Apa yang kamu ingin kan?


Lelaki Uzur : Aku datang untuk bertemu doktor.


Pengawal : Kamu nak pergi ke hospital atau tersalah jalan sehingga datang ke sini?


Lelaki Uzur : Tidak, memang benar aku datang kesini untuk bertemu doktor yang memiliki haq memberi syafaat pada hari pengadilan.


Pengawal : Adakah disisiNya ada ubàtyang boleh menyembuhkan penyàkitmu?


Lelaki Uzur : MengingatiNya adalah ubat, berselawat kepadanya adalah syifa' dan berhenti di maqamnya adalah anugerah pilihan yang teragung.


Semoga Allah SWT memilih sesiapa sahaja yang membaca kisah ini dapat menziarahi maqam Baginda Rasulullah SAW.


Wallahu A'lam.


‎۞اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ۞


Semoga anda semua yang berselawat dan mengongsikan kisah ini akan mendapat Syafaat Rasulullah di akhirat kelak.


Aamiin 🌹


Kredit to Owner

Post a Comment

0 Comments