Perkongsian Ilmu

Rahsiakan 3 Perkara Ini



Ramai yang kata, Dalam Islam kita kena rahsiakan tiga (3) perkara iaitu umur‚ harta dan tentang keluarga kita. Betul‚ memang betul kita kena rahsiakan.


1. Rahsiakan umur :

Jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.


2. Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga :

Jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika keluarga kita tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.


3. Rahsiakan tentang harta :

Ini akan mengundang hasad atau iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

Post a Comment

0 Comments