Adab Bangun Dari Tidur.
1. Menyapu bekas tidur di wajah dengan tangan.
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa: “Rasulullah S.A.W apabila bangun dari tidur, baginda duduk sambil menyapu bekas tidur yang ada pada wajahnya dengan tangan”. [HR Al-Bukhari 4572]
2. Membaca doa tidur.
الْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠ Ø£َØْÙŠَانَا بَعْدَ Ù…َا Ø£َÙ…َاتَÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ النُّØ´ُورُ
"Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali) [HR Al-Bukhari]
3. Bersugi / Memberus gigi.
Daripada Ibn 'Umar r.a: Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam tidak tidur melainkan siwak ada di sisinya, dan apabila bangun baginda SAW terus bersiwak.
4. Membasuh tangan 3 kali.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu bangun dari tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya tiga kali, kerana dia tidak tahu dimana tangannya bermalam.” [HR Muslim 278]
5. Istinthar (memasukkan air ke dalam rongga hidung).
Nabi S.A.W bersabda: "Apabila seorang di antara kamu bangun tidur, maka beristinsarlah 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya. [HR Muslim 238]
6- Membaca Ayat 190-200 Surah Aali-Imran [HR: Al-Bukhari, Muslim].
Semoga Bermanfaat!.
Kredit : dr abu anas madani
Gambar: Pinterest
0 Comments