Perkongsian Ilmu

Adab Dalam Menyampaikan Berita

 


Adab Dalam Menyampaikan/ Berita/Maklumat 


1. Menyemak (tepat atau tidak tepat) terlebih dahulu berita yang diterima sebelum menyampaikan kepada seseorang atau berkumpulan sama ada secara mulut ke mulut atau melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Instagram, Facebook, Twitter dan seumpamnya.


Firman Allah SWT dalam al-Quran surah Al-Hujurat ayat 6:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”


2. Tidak menyampaikan berita dengan niat atau tujuan mengadu domba dan kepentingan peribadi untuk meraih sokongan atau pengaruh bagi tujuan salah di sisi agama dan etika akhlak.


3. Berita yang disampaikan tidak membuka aib atau keburukan seseorang/individu/orang lain/kumpulan.


Rasulullah SAW bersabda:


لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.


Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya


4. Berita yang disampaikan telah disahkan kesahihannya terlebih dahulu bagi mengelakkan penganiayaan/kezaliman kepada seseorang/kumpulan


5. Digalakkan menyampaikan berita/ maklumat berunsurkan keghairahan beribadah/berbuat kebaikan/kehormonian dan elakkan berita berunsurkan fitnah yang boleh mengakibatkan jenayah berlaku.


Semak terlebih dahulu berita/maklumat yang diterima sebelum menyampaikan kepada seseorang atau kumpulan bagi memelihara kehormonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara.


Mywilayah.com

Post a Comment

0 Comments