Perkongsian Ilmu

Doa Selepas Berwuduk

 

Doa Selepas Berwuduk :


Diriwayatkan daripada 'Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda,

"Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa,


أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad ialah hamba Allah SWT dan utusanNya)


kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu."  (Hadis Riwayat Muslim )


Sabda Rasulullah s.a.w : 

Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata:-

 أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِى مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ  


(Asy-hadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asy-hadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.


(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))



Post a Comment

0 Comments