Perkongsian Ilmu

Ucapkanlah Bismillah Ketika Menuang Air Panas Ke Dalam Singki

 


HATI² KETIKA MEMBUANG AIR PANAS: 


بسم الله الرحمن الرحيم. 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدالانبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.


Bekas Mufti Besar (Almarhum) Kerajaan Arab Saudi, 

Syeikh Ibn Baz ditanya: 

"Adakah kita perlu mengucapkan Bismillah ketika menuang air panas ke dalam singki?"

Beliau menjawab: 

"Ya, sangat perlu mengucapkan Bismillah ketika hendak menuangkan air panas ke dalam singki kerana di situ sentiasa ada Jin".  


Beliau menceritakan pengalamannya hadir di sebuah rumah di mana Ruqyah berlangsung 

dan beliau bertanya kepada Jin mengapa kamu mengganggu orang yang tidak bersalah ini?"

Jin menjawab: 

"Dia menuang air panas ke atas anak² kecilku dan telah membunuh mereka". 

Syeikh Ibn Baz menjawab: 

"Tetapi kamu tahu kami tidak dapat melihat kamu." 

Jin berkata: 

"Kenapa dia tidak menyebut nama Allah - 'Bismillah' pasti anak² kami itu sedar dan bergerak". 


Ini jelas bermaksud, 

setiap kali kita menyebut nama Allah ﷻ ia berfungsi sebagai isyarat.

Pastikan kita sentiasa menyebut 'Bismillah', 

ketika masuk ke dalam rumah, 

bilik, 

memakai pakaian, 

memakai kasut, 

menuang air panas ke dalam singki 

atau longkang malah di atas lantai. 


Wallahu a'lam.


Gambar Pinterest


Post a Comment

0 Comments